Mariah Carey ucap terima kasih kepada peminat Malaysia

Astro Awani
Oktober 23, 2014 23:12 MYT
Diva pop itu bergambar bersama sebahagian peminat fanatiknya pada sebelah siang di sebuah gedung beli-belah di Kuala Lumpur. - Foto Twitter
Diva pop, Mariah Carey yang baru saja selesai menjayakan konsert The Elusive Chanteuse Show di Stadium Merdeka semalam meninggalkan peminat di negara ini dengan ucapan terima kasih melalui akaun Twitter peribadinya.
Twit tersebut: “Thank you Malaysia for sitting through the thunder, lightning and fire with me! You were amazing #KualaLumpur #TheElusiveChanteuseShow” (Terima kasih Malaysia kerana terus bersama saya di dalam petir, kilat dan api! Kalian semua hebat) dimuat naik awal pagi tadi.

Thank you Malaysia for sitting through the thunder, lightning and fire with me! You were amazing #KualaLumpur #TheElusiveChanteuseShow

— Me. I Am Mariah (@MariahCarey) October 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata peminat tempatan yang setia menonton konsertnya itu tidak berganjak walau dibasahi hujan berikutan musim monsun yang melanda negara sekarang ini.
Mereka menyarungkan baju hujan dan ada sebahagiannya berpayung sepanjang menikmati persembahan Mariah yang turut disertai kumpulan penyanyi dan penari latar.
Pada sebelah siang, sebelum menghiburkan penonton dalam konsert tersebut, penyanyi yang pernah menjadi juri program American Idol itu dilihat berada di sebuah gedung beli belah terkemuka di ibu negara.
Kehadirannya di situ telah menarik perhatian sekumpulan peminat fanatik beliau dan Mariah sempat melayan permintaan untuk bergambar dan menandatangani autograf.
Selepas Kuala Lumpur, penyanyi itu bakal menjayakan siri jelajah konsert tersebut di Singapura esok.
#Konsert Kuala Lumpur #mariah carey #Stadium Merdeka #Twit
;