Mariah Carey tunda pelancaran album

Astro Awani
Jun 29, 2013 09:00 MYT
Mariah Carey mengambil keputusan untuk menundakan tarikh pelancaran album terbarunya yang berjudul "The Art of Letting Go".
Album itu sepatutnya berada dipasaran pada 23 Julai ini.
Menerusi lama Twitternya, Carey menjelaskan dia memerlukan lebih masa untuk memastikan pemilihan lagu dalam album tersebut benar-benar terbaik.
Bagaimanapun Carey tidak memaklumkan tarikh baru album itu dilancarkan dan berharap peminat bersabar.
Kali terakhir Carey muncul dengan album penuh pada tahun 2009 menerusi "Memoirs of an Imperfect Angel".
Dua bulan lalu, bekas juri "American Idol" ini melancarkan single pertama berjudul "Beautiful" bersama penyanyi Miguel.
#American Idol #Beautiful #mariah carey #The Art of Letting Go #Twitter
;