Mariah Carey terkejut anak 7 tahun belanja AS$5,000 atas talian!
Gempak
Jun 11, 2018 15:28 MYT
Jun 11, 2018 15:28 MYT
Penyanyi popular Mariah Carey terkejut apabila mendapati anaknya, Moroccan Scott Cannon, 7 tahun, telah berbelanja secara atas talian sebanyak AS$5,000 (kira-kira RM20,000) tanpa pengetahuannya.
Mariah Carey mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam program Jimmy Kemmel Live.
Pelantun lagu My All itu mengakui kini dia terpaksa mengawal anaknya daripada bebas melayari internet.
"Anak saya memang bijak dalam teknologi. Saya perlu mengawalnya menggunakan iPad kerana dia telah berbelanja sebanyak AS$5,000, dengan membeli-belah di Amazon," katanya.
Bukan itu saja, Mariah juga mendedahkan Moroccan juga telah membeli seekor anjing menerusi dalam talian tanpa pengetahuannya.
Kejadian itu berlaku ketika Roc menghabiskan masa bersama bekas suaminya, Nick Cannon, baru-baru ini.
"Satu malam ketika dia dia bersama Nick dan dia telah membeli seekor anjing.
"Pihak penjual menghubungi dan memberitahu seperti ini, 'anjing kamu sudah ada' Dan saya berkata, 'Saya tidak pernah membeli anjing!', katanya lagi.
Walau bagaimanapun, Mariah menegaskan bahawa dia telah membatalkan pembelian itu memandangkan saudara kembar Roc iaitu Monroe sudah mempunyai beberapa haiwan peliharaan. - Sumber: Daily Mail