Mariah Carey, penyanyi pertama dengan lagu hit nombor satu dalam empat dekad berasingan
Agensi
Januari 2, 2020 14:18 MYT
Januari 2, 2020 14:18 MYT
PENYANYI bersuara lantang, Mariah Carey merekodkan sejarahnya tersendiri apabila muncul penyanyi pertama menghuni kedudukan nombor satu carta Billboard Top 100 dalam empat dekad berasingan.
Lagu ‘All I Want For Christmas Is You’ nyata membawa tuah buat penyanyi berusia 49 tahun itu apabila single berkenaan berada pada tangga teratas pada tahun 1990, 2000, 2010 dan 2020.
‘All I Want For Christmas Is You’ kini masih lagi berada di puncak Billboard Top 100 untuk tarikh 4 Januari berdasarkan jumlah putaran di radio dan data penstriman.
Lagu klasik Krismas itu mula dilancarkan pada tahun 1994 sebelum menjadi lebih hit selepas menjadi dijadikan runut lagu bagi filem ‘Love, Actually’ pada tahun 2003.
Bagaimanapun lagu berkenaan hanya menduduk kedudukan pertama penghujung 2019 selepas Billboard membuat perubahan ke atas terma dalam senarai lagu popular.
Dalam pada itu, Carey turut melancarkan CD single lagu berkenaan buat julung kalinya.
‘All I Want For Christmas Is You’ sekali gus menjadi lagu nyanyian Mariah yang ke-19 sebagai lagu paling popular di carta Billborad, di belakang The Beatles secara keseluruhannya dengan 20 lagu hit.
"Yaaaaaaaaay!!! WE. DID. IT," tulis Mariah dalam Twitter.
#all i want for christmas is you
#Billboard Top 100
#carta billboard
#juara empat dekad
#Krismas
#lagu hit
#Mariah
#mariah carey