Mariah Carey, pakai baju pemberian peminat

Sinar Harian
Oktober 24, 2018 09:24 MYT
Salah seorang peminat, Zuan Ariffin, membuat perkongsian di Facebook miliknya, mengatakan dia begitu gembira dan teruja dapat berjumpa dengan penyanyi kesayangannya itu.
PADA minggu lalu, penyanyi pop dan R&B antarabangsa terkenal, Mariah Carey telah berkunjung ke Malaysia bagi menjayakan persembahannya di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bersempena konsert jelajahnya Mariah Carey Live in Kuala Lumpur.
Kehadiran penyanyi antarabangsa itu benar-benar membuatkan peminatnya teruja apatah kali terakhir pelantun My All ini ke Malaysia sekitar tahun 2014.
Setibanya di Kuala Lumpur, Mariah turut memuat naik gambarnya berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebagai ‘tanda’ dia kini berada di ibu kota.
Kehadirannya di sini ternyata begitu dinanti-nantikan peminatnya. Malah hotel penginapannya di ibukota juga berjaya ‘dihidu’ peminat sehingga mereka sanggup menunggu ketibaan penyanyi kesayangan mereka itu lobi hotel.
BACA: Netizen nak ajak Mariah Carey makan petai dan sambal belacan
BACA: Mariah Carey sedia gegarkan Kuala Lumpur
BACA: Konsert Mariah Carey di Kuala Lumpur Oktober ini
Menerusi perkongsian salah seorang ahli kelab peminatnya di Malaysia yang dikenali sebagai Malaysian Lambs, Zuan Ariffin di Facebook miliknya berkata, dia begitu gembira dan teruja dapat berjumpa dengan penyanyi kesayangannya itu.
Lebih manis, dia juga sempat memberi Mariah beberapa hadiah termasuk sehelai baju edisi khas peminatnya dari Malaysia.
Malah lebih terharu, Mariah bukan sahaja menerima tetapi turut memakai baju pemberian peminatnya itu dan telah memuatnaik gambarnya bersama baju tersebut di Instagram (IG) milik penyanyi tersebut.
Mariah ketika ini turut berada di beberapa lokasi lain seluruh dunia termasuk Manila, Filipina dan Osaka, Jepun bagi menjayakan konsert jelajahnya.
#baju #edisi khas #hadiah #hotel #Instagram #konsert #Kuala Lumpur #mariah carey #peminat #penyanyi #Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
;