Manisnya, Erra Fazira sambut hari lahir Shahir

Gempak
September 6, 2018 15:54 MYT
Namun sehingga kini kedua-duanya hanya memberitahu mereka sekadar berkawan.
PELAKON dan penyanyi, Erra Fazira menyambut hari lahir ke-30 penyanyi Shahir iaitu lelaki yang selama ini dikaitkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengannya.
Erra berkongsi foto sambutan hari lahir yang dipercayai dilakukan khas buat Shahir di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Erra turut menulis ucapan istimewa buat Shahir.
Menurut Erra dia berdoa Shahir menjadi seorang yang lebih matang serta apa yang dihajati tercapai.
“Selamat ulang tahun Chor (Shahir). Semoga panjang umur dan diberi kesihatan baik. Dengan penambahan usia, moga bertambahlah kematanganmu.
“Saya doakan awak kurus saiz S dan ‘sado’ macam diimpikan. Awak boleh Chor,” katanya.
Selain itu, Erra turut mengucapkan terima kasih kerana Shahir telah menjadi teman yang istimewa dan prihatin terhadapnya.
“Terima kasih kerana menjadi teman yang prihatin dan baik buat saya serta seluruh teman,” tulisnya lagi.
Dari foto dan ucapan istimewanya kepada Shahir itu menunjukkan seolah-olah mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta.
Namun sehingga kini kedua-duanya hanya memberitahu mereka sekadar berkawan.
Berikut merupakan foto sambutan hari jadi tersebut:
#Chor #Erra Fazira #hari lahir #istimewa #kesihatan #penyanyi #Shahir
;