Manis dan ayu Jihan Muse bertudung

Khairunnisa Kasnoon
Februari 5, 2019 03:00 MYT
WAJAH terbaharu Jihan Muse yang dirakamkan dalam imej bertudung semasa bercuti di Jepun bersama suaminya, Ungku Hariz dan anak mereka, Ungku Arsalan Haq. - Gambar Instagram Jihan Muse
MANISNYA Jihan dan semoga terus istiqamah!
Itu antara komen-komen positif yang diucapkan kepada Jihan Muse, selepas selebriti itu memuant naik gambar berhijab ketika sedang bercuti di Jepun.
Sosok bernama Nur Jihan Musa, 36, kini sedang bercuti bersama suaminya, Ungku Hariz dan anak mereka, Ungku Arsalan Haq di Jepun, setahun selepas Jihan mengacara program Jejak Jihan Jepun.
Sejak hari pertama percutian, pengacara Gegar Vaganza itu memuat naik gambar-gambar berhijab dan menerima banyak komen-komen positif.
#hijab #Instagram #Jepun #Jihan Muse #popular #selebriti #Ungku Hariz