Man of Tai Chi, filem pertama arahan Keanu Reeves

Astro Awani
Mei 21, 2013 09:31 MYT
Keanu Reeves sudah lama mencari material yang sesuai untuk filem pertama arahannya, Man of Tai Chi.
Ketika menyiapkan francais The Matrix lagi dia merancang untuk mengarahkan filem aksi dan hasratnya tercapai apabila bertemu seorang pakar seni mempertahankan diri bernama Chen Hu.
Filem pertama arahan Reeves, Man of Tai Chi mengisahkan seorang ahli seni mempertahankan diri yang bergelut dengan cabaran di Beijing.
Selain Reeves sendiri sebagai pelakon, filem ini turut dibintangi Chen Hu, Karen Mok dan pelakon indonesia, Iko Uwais.
Turut ditayangkan di Festival Filem Cannes, Man of Tai Chi bakal ditayangkan di China pada musim panas ini.
#filem pertama #Keanu Reeves #Man of Tai Chi