Mampukah Bunohan pecah tradisi Akademi?
Roshdi Lidun
Oktober 22, 2012 12:52 MYT
Oktober 22, 2012 12:52 MYT
BUNOHAN, filem arahan Din Said tersenarai dalam kategori pencalonan awal kategori Filem Asing Terbaik dalam Anugerah Academy ke-85 yang bakal diadakan pada tahun hadapan.
Senarai finalis akan dumumkan pada Januari 2013.
Bunohan yang diterajui Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Nam Ron ini turut bersaing dengan 70 buah filem dari serata negara lain dalam kategori yang dipertandingkan di anugerah yang cukup berprestij.
Antara filem-filem yang turut tersenarai adalah filem Sang Penari arahan Ifa Isfansyah dari Indonesia serta Barfi arahan Anurag Basu dari India.
Sebelum ini, Bunohan turut meraih Anugerah NETPAC pada Festival FIlem Taipeh Golden Horse.
Ia mengisahkan tentang 3 adik beradik yang terasing - Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil 'Bunga Lalang' peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham.
Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan. Kehadiran mereka bertiga di kampung telah membangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebagai ayah kepada mereka bertiga.
Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.