"Mama tolong ambilkan ya..."- Sebak, Nora mewakili arwah anak terima diploma
Gempak
November 30, 2022 17:06 MYT
November 30, 2022 17:06 MYT
PENYANYI Datuk Nora Ariffin terharu dapat mewakili arwah anaknya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan bagi menerima skrol diploma miliknya di Majlis Konvensyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ke-95 pada Selasa.
Namun begitu, Nora Ariffin bangga kerana arwah Alif sempat menghabiskan pengajiannya sebelum ke rahmatullah.
"Alif...this is for you. Mama tolong ambilkan ya. Alhamdulillah...congrats.
"Keluarga kecil saya tumpang bangga dan gembira dengan pencapaian anakanda Alif Johan, sempat habiskan diploma sebelum kembali ke Rahmatullah.
"Moga Alif tenang di sana. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UITM FITA dan sahabat yang memberi sokongan pada Alif selama hayat dia.
"Thank you UITM, Moga legacy arwah dapat diteruskan. Al- fatihah," tulisnya.
Nora berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, rata-rata ramai yang terharu serta sebak melihat situasi itu.
"Sebaknya, Allahuakhbar. Moga arwah tenang di sana," komen salah seorang pengikutnya
"Salam takziah rasa baru je arwah meninggal dunia," kata salah seorang netizen.
Arwah Alif meninggal dunia pada 15 Disember 2019 kerana faktor genetik.
Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017. -- Gempak