"Mama betul ke ayah kahwin lain?" - Puteri Sarah terkedu nak jawab soalan anak
Gempak
Januari 24, 2023 11:33 MYT
Januari 24, 2023 11:33 MYT
PELAKON Puteri Sarah mengakui terkedu mendengar soalan anak sulungnya, Syaikhul Islam yang bertanyakan status bapanya, Syamsul Yusof.
Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi satu coretan di ruangan Insta Story miliknya.
Coretan itu juga mendedahkan bahawa Syaikhul turut bertanyakan sama ada bapa mereka memiliki individu lain dalam kehidupannya.
“Baru balik daripada photoshoot. Sampai-sampai rumah, Syaikhul asked me, ‘mama betul ke ayah kawin lain?’
“Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? How do u answer to a 6 year old boy? I’m speechless,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama juga, Puteri Sarah turut memberi nasihat kepada lelaki di luar sana yang terfikir tentang poligami.
“Kepada lelaki-lelaki selfish di luar sana tu, isteri nak kena jawab apa kat anak-anak kecil ni? Nak kata, ‘ayah kawin sebab nak elak maksiat’. ‘Ayah ikut suruhan Allah’. Like how u answered in the video?
“Has it ever occured to you, one day nak kena jawab dekat anak? No! Hang cuma pikiaq nafsu hang, ikut kepala hotak hang ja. Ada terpikir tak kawin lari kat Siam tu nanti anak tanya nak jawab apa?
“Lelaki-lelaki kat luar sana, sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama islam ya. Dan fikir apa consequences dia,” tegasnya.
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan perceraian dengan suami pada Isnin lalu dengan tarikh sebutan kes permohonan cerai bakal berlangsung pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Artikel asal disiarkan di Gempak.