Majoriti setuju kewujudan pawagam komuniti patuh syariah - undian
Astro Awani
Julai 16, 2016 08:49 MYT
Julai 16, 2016 08:49 MYT
64 peratus bersetuju dengan cadangan ini, manakala 36 peratus tidak setuju.
Majoriti netizen bersetuju dengan cadangan mewujudkan pawagam komuniti patuh syariah di Kelantan.
Menerusi satu undian di akaun Twitter rasmi Astro AWANI, 64 peratus bersetuju dengan cadangan ini manakala 36 peratus tidak bersetuju.
Undian ini melibatkan 2,292 orang mengambil bahagian sejak ia dibuka pada malam Khamis.
Keunikan budaya masyarakat Kelantan mendorong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk mewujudkan pawagam komuniti di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Kamil Othman berkata, ia merealisasikan impian rakyat Kelantan yang selama ini mahu hasil seni mereka diiktiraf di negeri sendiri.
Beberapa penggiat seni berkata cadangan ini merupakan langkah yang harus dipandang positif untuk kebaikan masyarakat negeri itu.
Ia diibaratkan sebuah perpustakaan audio visual yang memiliki pengisian dan mampu menjana pengetahuan masyarakat setempat.