'Majlis pernikahan saya bak impian jadi kenyataan!' - Yuna

Nursyazwani Saiful Sham
Januari 27, 2018 18:50 MYT
Yuna dan Adam bergambar bersama semasa sidang media khas sempena pernikahan mereka di sini, hari ini. - Astro AWANI/Siti Nursyazwani
“Sudah lama impikan majlis pernikahan yang bertemakan ‘garden wedding’ dan semalam impian saya menjadi kenyaatan!” ini yang diluahkan oleh pengantin baru, Yuna.
Yuna dalam satu sidang media hari ini berkata, beliau gembira dengan dekorasi yang bertemakan taman pada majlis pernikahannya.
“Tema taman itu dilihat sebagai satu tema yang sukar untuk dilakukan di negara ini, tetapi kami berani mengambil risiko itu.

"We wanted something beautiful, dari dulu memang nak gerden wedding, semalam we took a risk, it was really beautiful!" - @yunamusic @501Awani #adamxalis

— syaz (@ssnsyzwani) January 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Yuna mahu privasi untuk fokus semasa pernikahan mereka, itu sebabnya mereka tidak menghebohkan tarikh pernikahan mereka @501Awani

— syaz (@ssnsyzwani) January 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Yuna dan Adam selamat bernikah di Bentong, Pahang
“Ramai yang menentang idea tersebut termasuk ahli keluarga saya, tetapi Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan lancar,” ujarnya.
Dalam pada itu, penyanyi terkenal itu turut mengesahkan akan terus menetap di Los Angeles untuk urusan kerja walaupun selepas bernikah dengan pilihan hatinya, Adam Sinclair.
Yuna berkata walaupun sudah mengahwini Adam, mereka akan meneruskan kerjaya sama ada di tanah air mahupun di Los Angeles.
“Adam dan saya akan ulang-alik antara Kuala Lumpur dan Los Angeles ikut kepada kerja masing-masing.

"Saya dah menetap di LA hampir 8 tahun, lepas kahwin masih dalam perancangan mungkin kami akan ulang alik" @yunamusic @501Awani

— syaz (@ssnsyzwani) January 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya sudah menetap di Los Angeles selama hampir 8 tahun. Jadi kami mungkin akan ulang alik memandangkan keluarga saya di tanah air dan Adam yang mungkin ada kerja di sini (Malaysia).
“Sudah tentu saya mahu sentiasa berada di sisi Adam, kami akan mengambil ini sebagai cabaran untuk imbangkan perkahwinan dan karier,” katanya semasa sidang media khas sempena pernikahan mereka di sini, hari ini.

Yuna berterima kasih kepada peminat dan memahami perjalanan kariernya dari mula sehingga kini @yunamusic @501Awani #adamxalis pic.twitter.com/c4gitVSJ70

— syaz (@ssnsyzwani) January 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Jumaat, Yuna, atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai selamat diijab kabul dengan Adam atau nama penuh, Adam Yousof Mohamed Sinclair dengan sekali lafaz di Puncak Rimba, Bentong.
BACA: Adam dan Yuna bernikah hari ini?
#Adam Sinclair #hiburan #kerjaya #penyanyi #Selebriti Malaysia #Yuna #yuna kahwin
;