'Main-main cinta, bukan cara saya' - Elfira Loy terjebak dengan ...
Gempak
Jun 5, 2018 16:46 MYT
Jun 5, 2018 16:46 MYT
PELAKON Elfira Loy menegaskan dia enggan terbabit dengan fenomena cinta yang direka sesama pelakon untuk melariskan sesuatu produk.
Jelas Elfira, selama lebih 10 tahun menjadi artis, dia tidak pernah terjerat dengan kisah cinta lokasi atau cinta yang dirancang.
"Ini kali pertama saya kembali berlakon semula dan terjebak dengan trend yang dibuat-buat. Saya bukan pelakon begitu, saya tak main permainan sebegini dan apa yang telah dia lakukan perlu diperjelaskan.
"Saya sudah pun berpesan pada dia sebelum memuat naik apa-apa di media sosial, berhati-hati terutama kalau posting gambar berdua.
"Kalau ada komen-komen buruk, padamkan segera. Tetapi saya tidak sangka pula 'kisah cinta' ini berlarutan dan hingga saya menghubunginya sendiri untuk memintanya perbetulkan perkara yang telah viral," katanya kepada Astro Gempak.
Elfira diminta mengulas isu tular yang mengaitkannya dengan pelakon baru, Nabil Aqil.