Mahkota Dewi Remaja dilucut: Warna kulit tiada kaitan dengan apa yang saya lakukan - Haneesya Hanee
Gempak
Januari 20, 2019 13:59 MYT
Januari 20, 2019 13:59 MYT
BEKAS juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee memohon agar semua pihak berhenti mempermainkan warna berikutan penularan video kontroversi yang melibatkan dirinya.
Hanee menerusi akaun Twitternya memberitahu perbezaan warna kulit tiada kaitan dengan kontroversi yang berlaku.
“Skin colour doesn’t relate anything with the action I did.
“I know it’s wrong what I did. But doesn’t mean I’m a bad person n doesn’t I always do this,” tulisnya.
Coretan Hanee itu mengundang pelbagai reaksi netizen tidak kira sama ada positif mahu pun negatif.
Tidak kurang juga ada yang memberikan komen sinis.
Terdahulu, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 milik Haneesya Hanee ditarik semula ekoran penularan video kontroversi yang membabitkan dirinya baru-baru ini.