KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan dua individu untuk membatalkan saman yang difailkan penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali sebagai Nana terhadap mereka, berhubung dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.
Peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Siti Nordiana, 38, selaku plaintif berkata Pesuruhjaya Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee yang menolak permohonan itu, turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM3,000 kepada Siti Nordiana.
"Mahkamah menolak permohonan itu atas alasan antaranya terdapat asas fitnah dalam pernyataan tuntutan plaintif dan menetapkan 27 Sept untuk pengurusan kes," kata peguam itu ketika dihubungi selepas prosiding kes secara dalam talian (Zoom).
Dua individu itu adalah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 44, dan jurusolek artis bebas Razidah Ahmad Senusi, 43, masing-masing defendan keempat dan kelima, telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut pada 24 Jan lepas.
Pada prosiding hari ini, Sam Musyadzafar diwakili peguam Zeti Zulfah Zulkifli @ Hassan manakala Razidah diwakili Muhammad Aliff Haiqal Roslan.
Selain kedua-dua defendan itu, Siti Nordiana turut menyaman Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isterinya Nur Sheila Hassim, 36, dan Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura, selaku defendan pertama sehingga ketiga.
Menerusi pernyataan tuntutan yang difailkan pada 30 Julai 2021, Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai tahun lepas kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
Dakwa Siti Nordiana, kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.
Juara Gegar Vaganza musim kedua itu mendakwa, kelima-lima defendan telah memadam siaran langsung daripada akaun Instagram masing-masing namun ia tular serta telah dimuat naik semula ke akaun YouTube dan masih boleh ditonton oleh orang ramai.
Siti Nordiana mendakwa jumlah tontonan untuk siaran langsung yang dimuat naik ke akaun YouTube dijangka bertambah dan reputasi beliau telah dirosakkan secara serius dalam kalangan orang ramai, serta penaja yang mengambil serta melantiknya sebagai model dan duta produk.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
Mahkamah menolak permohonan itu atas alasan antaranya terdapat asas fitnah dalam pernyataan tuntutan plaintif dan menetapkan 27 Sept untuk pengurusan kes. - Foto Instagram Siti Nordiana
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Siti Nordiana berpantang kopi demi jaga suara
Penyanyi Siti Nordiana Alias terpaksa berpantang tidak mengambil minuman berkafein terutamanya kopi sejak setahun yang lalu.
New Boyz berehat seketika, fokus kerjaya peribadi - Tomok
Selepas membuat penampilan semula menerusi beberapa konsert "reunion", kumpulan New Boyz membuat keputusan untuk untuk berehat seketika.
Kes saman lima sekawan: Siti Nordiana lega, nak 'move on'!
Penyanyi Siti Nordiana menyatakan bahawa dirinya telah melupakan isu saman terhadap lima sekawan yang telah selesai baru-baru ini.
Siti Nordiana tarik balik saman RM2.5 juta, bermaafan atas dasar persahabatan
KEMELUT dua tahun yang berlaku di antara penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan berakhir secara baik pada Selasa.
Beberapa artis jauhkan diri kerana fitnah di IG - Siti Nordiana
Siti Nordiana memberitahu Mahkamah Tinggi beberapa artis menjauhkan diri daripadanya, selepas kenyataan fitnah dibuat terhadapnya.
Siti Nordiana ‘hilang suara’, kes saman ditangguhkan
Prosiding kes saman Siti Nordiana Alias terhadap lima individu termasuk dua artis iaitu Lan Solo dan Syura, ditangguhkan selepas penyanyi itu hilang suara.
All Stars Gegar Vaganza: Siti Nordiana minta maaf, peminat pujuk mohon kuat semangat
Nana membuat permohonan maaf itu secara terbuka menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam.
Siti Nordiana terlepas kontrak jenama terkemuka - Pengurus
Pengurus Siti Nordiana Alias memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa kenyataan fitnah oleh lima individu menyebabkan selebriti itu terlepas beberapa kontrak jenama terkemuka, pada November 2020 lalu.
'Terkucil itu biasa' - Siti Nordiana tak gentar sertai GV10 walau dihimpit isu kualiti vokal
Menurut Siti Nordiana, atau lebih mesra disapa Nana, dia menerima segala kritikan tersebut dan akan berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan.
Bapa Siti Nordiana meninggal dunia
Bapa kepada penyanyi Siti Nordiana, Alias Ahmad meninggal dunia pada Jumaat.