Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Gempak
Mei 10, 2024 16:49 MYT
Mei 10, 2024 16:49 MYT
PASANGAN popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di akaun Instagram rasmi pasangan itu.
"Alhamdulillah sah!" tulis Rizky Febian dan Mahalini dalam foto bersama di Instagram.
Rizky dan Mahalini dilihat memakai pakaian adat Sunda serba putih dalam majlis yang diadakan secara tertutup itu.
Pada hantaran pertama, pasangan itu menunjukkan cincin di jari manis masing-masing dan mempamerkan buku nikah berwarna merah dan hijau.
Manakala, gambar ketika memperlihatkan Mahalini mencium tangan Rizki selepas selamat diijabkabulkan.
Khabar gembira pernikahan pasangan itu telah disahkan oleh Ustaz Maulana yang hadir pada majlis terbabit selaku penasihat perkahwinan.
"Cuma sekali lafaz selesai alhamdulillah. Dengan mahar yang disebutkan ada logam emas dan ada wang.
"Kemudian, saya diminta untuk memberi nasihat pernikahan," katanya.
Perjalanan cinta Rizky dan Mahalini bermula pada 7 Februari 2022 sebelum memutuskan untuk bertunang pada 7 Mei 2023.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak