Mahalini dilapor bakal pindah agama, menikah secara Islam dengan Rizky Febian
Gempak
Mei 6, 2024 18:00 MYT
Mei 6, 2024 18:00 MYT
PENYANYI Mahalini dikhabarkan akan berpindah agama selepas selesai upacara “mempamit” yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desa Tibubeneng, Kuta Utara, Badung, Bali pada Sabtu.
Upacara Mempamit
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pelawak dan juga bapa kepada Rizky, Sule menerusi perkongsian video acara mempamit Mahalini di Youtube SL Media.
"Alhamdulillah guys, semua sudah selesai acara mempamit iaitu bermaksud pamitan dari keluarga dan juga leluhurnya Lini.
“Maksudnya Lini akan berpindah agama dan sudah diberi keizinan untuk bernikah secara agama kami (Islam),” kata Sule.
Ikut agama bakal suami
Proses ini dipercayai sebagai petanda bahawa Mahalini yang pada asalnya beragama Hindu akan mengikuti agama calon suaminya iaitu Rizky Febian.
Memetik laporan Okezone, mereka akan sah menjadi suami isteri selepas menjalani proses ijab kabul di Jakarta beberapa hari lagi.
Untuk rekod, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan selama setahun. -Gempak