Maggie Simpson tercalon untuk Oscar
Astro Awani
Februari 19, 2013 09:03 MYT
Februari 19, 2013 09:03 MYT
Memiliki 27 trofi Emmy, "The Simpsons" kini selangkah untuk menang anugerah Oscar pula.
Siri itu tercalon dalam kategori animasi pendek terbaik menerusi "Maggie Simpson in the Longest Daycare".
Filem itu mengisahkan Maggie yang bersaing dengan budak nakal bernama Gerald untuk membebaskan sepasang kupu-kupu.
“Mendapat pencalonan Oscar adalah satu perkara yang menakjubkan dan pelik yang pernah saya alami. Saya tidak pernah sangka ia akan berlaku di dalam kerjaya saya jadi ini memang luar biasa,” kata pengarah David Silverman.
Animasi pendek itu ditayangkan sebelum filem "Ice Age: Continental Drift".
Silverman terlibat dengan siri TV "The Simpsons" sejak awal lagi. Malah beliau juga merupakan pengarah untuk versi filem tahun 2007.
Anugerah Oscar bakal berlangsung pada 24 Februari ini.