'Mael, duit aku mana? Aku ni dahlah janda' - Zarina Anjoulie akhirnya buka mulut
Sinar Harian
September 5, 2018 20:20 MYT
September 5, 2018 20:20 MYT
KONTROVERSI antara pelakon yang juga usahawan Zarina Anjoulie dan penyanyi muda Ismail Izzani memasuki episod baharu apabila Zarina membuka mulut apa yang sebenarnya berlaku.
Menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan pelantun Sabar itu, Zarina bagaimanapun meminta agar Mael, yang dipercayai merujuk panggilan kepada Ismail untuk menjelaskan bayaran bil hotel yang ditinggalkan.
"Mael duit aku mana? Jangan salah anggap, dia memang budak baik tapi dah kenapa dia yang sedap, aku yang kena tanggung makan dia dengan teman wanita dia.
"Aku ni dahlah janda, aku tolong dia pun sebab aku anggap dia macam anak aku.
"Pastu ini yang aku dapat, sebab itu aku malas nak kawan dengan artis-artis. Mana RM398.85 sen aku!!," tulisnya beserta sebuah video yang turut menampilkan kawan baiknya, Fathia Latif.
Anak kepada penyanyi Datin Seri Suliza Salam sebelum ini menjadi perhatian apabila foto mesranya seperti berpeluk dengan aktres Zarina Anjoulie dipercayai di sebuah kelab malam tersebar di Twitter.
Foto itu pada awalnya dimuat naik oleh Fathia di Instagramnya beserta kapsyen :“@ismailizzani call her now!,”.
Bagaimanapun, Fathia bertindak memadam gambar tersebut tidak lama kemudian selepas pengikutnya menghentam Zarina yang berpakaian seksi dalam foto berkenaan.