'Macam next level... the future of music' - Dayang Nurfaizah teruja teknologi Spatial Audio

Gempak
Mei 28, 2022 12:21 MYT
Dayang sendiri akan galakkan artis-artis lain untuk mencuba Spatial Audio, teknologi baharu ini untuk memberi kepuasan kepada peminat mereka. -Gempak
BERANI mencuba teknologi baharu!
Itu keyakinan ditonjolkan penyanyi bersuara lunak Dayang Nurfaizah apabila buat julung kalinya menggunakan teknologi muzik baru dikenali sebagai Spatial Audio.
Mula diperkenalkan oleh Apple Inc, Dayang akui dia terkejut dengan sejauh mana terperincinya muzik yang mampu dihasilkan.
Gempak sempat bertanya beberapa soalan mengenai teknologi berkenaan dan berikut merupakan respon Dayang mengenai ciri khas dan perjalanan muziknya.
#1 Gempak: Apa pandangan atau reaksi Dayang apabila pertama kali mendengar lagu dalam format Spatial Audio.
Dayang: First time Dayang dengar memang surprise dan Dayang rasa macam fun sebab dia macam the next level of sounds di mana sound dia sangat detailed.
Menariknya Spatial Audio datang dari semua angle dan macam ‘hmm, Dayang berada di recording studio’ ataupun Dayang di dalam concert hall?
Dia macam lebih fun and detailed dia macam best sangat-sangat.
#2 Gempak: Daripada perspektif penyanyi dan pencipta lagu, apa yang buat Dayang rasa Spatial Audio adalah future dalam industri muzik?
Dayang: Sebenarnya proses rakaman dia seperti biasa di mana Dayang akan record vocal Dayang untuk special audio ni dia lebih kepada post recording di mana apa yang kita nak enhance ataupun fill yang macam mana untuk sesebuah lagu tu lah.
#3 Gempak: Difahamkan, Spatial Audio pertama Dayang adalah ketika berkolaborasi dengan Zynakal bukan? Bagaimana proses rakaman, sukar tak?
Dayang: Yaa betul Dayang bersama dengan Zayn, untuk proses rakaman sangat mudah dan smooth kerana kita menggunakan teknologi audio yang baharu ini dan dari segi enhancement dalam sesebuah lagu tu Dayang harap akan memberi kepuasan kepada listeners.
#4 Gempak: Bagaimana pula bekerjasama dengan Zyn? Pandangan Dayang terhadap dia especially generasi muda yang berani mencuba sesuatu baharu termasuk Spatial Audio?
Dayang: Bagi Dayang, Zayn seorang artis muda yang sangat berbakat dan untuk bekerjasama dengan Zayn sangat senang, sangat mudah dan senang untuk bawa berbincang dan dia mempunyai idea dalam berkarya, so senang Dayang nak bawa berbincang dan boleh share idea Dayang dengan dia dan insya-Allah Dayang rasa Zayn boleh pergi jauh dalam music industry.
#5 Gempak : Adakah Dayang akan menggunakan teknologi ini dalam muzik Dayang akan datang? Adakah semua artis juga digalakkan menggunakan Spatial Audio ini?
Dayang: Kalau bagi Dayang, Dayang akan menggunakan teknologi ini new atau different experience kepada peminat-peminat Dayang untuk menikmati dan enjoy lagu-lagu Dayang.
Dayang sendiri akan galakkan artis-artis lain untuk mencuba Spatial Audio, teknologi baharu ini untuk memberi kepuasan kepada peminat mereka.
#6 Gempak: Album Belagu dirakam secara live dan menghasilan bunyi yang sangat berkualiti, bayangkan jika ia juga ditambah menggunakan Spatial Audio. Ada tak perancangan ke arah itu?
Dayang: Setakat ini belum ada perancangan lagi tetapi kalau ada peluang dan ada rezeki, Dayang rasa ini salah satu cara yang boleh enhance lagi sound untuk lagu-lagu dalam album Belagu.
#7 Gempak: Perkembangan terbaharu Dayang? Album baharu? Mungkin ada ‘teaser’ atau hint tentang apa yang bakal peminat dapat jangkakan.
Dayang: Sekarang ini Dayang tengah dalam proses mengumpul lagu untuk next album, so insya-Allah mudah-mudahan peminat semua bersabar untuk tunggu studio album Dayang yang seterusnya.
*Artikel asal di Gempak
#Dayang Nurfaizah #Spatial Audio #Zynakal #teknologi audio
;