"Macam kena Raya kat hospital je" - Datuk Acis masuk wad

Gempak
Jun 12, 2018 16:00 MYT
Sepanjang menjalani rawatan, Acis setia ditemani Sheila sendiri selain menerima kunjungan keluarga rapat.- Foto: @hashridz, @missmajid, @kayda
EMPAT hari menjelang sambutan Syawal, suami Datuk Sheila Majid, Datuk Acis dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ Damansara.
Berita itu dikongsikan oleh Acis sendiri menerusi akaun media sosial Instagramnya semalam.
"Ok I surrender," tulisnya bersama tanda pagar #PlsLemmeOutB4Raya.
Malah, khabar terkini Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim turut dikemaskini oleh anak tirinya, Kayda.
"Macam kena raya kat hospital je," tulis Kayda menerusi Instastory pagi tadi.
Sepanjang menjalani rawatan, Acis setia ditemani Sheila sendiri selain menerima kunjungan keluarga rapat.
Biarpun tidak dimaklumkan punca penyakit pemuzik popular itu, peminat termasuk rakan selebriti mendoakan kesihatan Acis agar segera pulih.
Teks oleh: Amri Hassan
#Acis #Aidilfitri #Hashridz Murshim Hassim #sheila majid
;