'Macam dalam penjara!' - Ellen DeGeneres dikecam gara-gara kenyataan tentang kuarantin

Gempak
April 9, 2020 10:00 MYT
Ellen DeGegeres mendapat kecaman ramai apabila menyamakan proses kuarantin diri di rumah seperti di dalam penjara.
PENGARACA popular Hollywood, Ellen DeGegeres mendapat kecaman ramai apabila menyamakan proses kuarantin diri di rumah seperti di dalam penjara.
Malah, kata DeGeneres, perasaan itu lebih dirasainya apabila memakai pakaian sama selama 10 hari.
"Ini seperti duduk di dalam penjara.
"Mungkin kerana saya memakai pakaian sama selama 10 hari dan individu di sini semuanya homoseksual," katanya berjenaka kepada peminat.
Sejurus berkata-kata demikian, DeGeneres tertawa dan akui bersimpati dengan nasib orang ramai.
Rancangan itu disiarkan dari kediaman DeGeneres di Beverly Hills, Amerika Syarikat pada Isnin.
Bagaimanapun ia telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton yang berasakan kata-kata itu tidak sepatutnya disiarkan ketika ini.
Apatah lagi DeGeneres tinggal di vila mewah miliknya yang berkeluasan 8,000 kaki persegi.
Rancangan popularnya, The Ellen DeGeneres Show yang disiarkan di NBC telah ditangguhkan sehingga pertengahan Mac lalu ekoran krisis Covid-19.
Namun, pada minggu lalu, DeGeneres mengumumkan dia kembali ke layar kaca menerusi rancangan yang dirakamkan dari kediamannya dan disertai tetamu jemputan antaranya Jennifer Lopez dan Chrissy Teigen.
#Beverly Hills #COVID-19 #Ellen DeGegeres #Hollywood #koronavirus #NBC #vila mewah
;