M. Nasir positif COVID-19, keadaan stabil
Irwan Muhammad Zain
Disember 13, 2021 14:13 MYT
Disember 13, 2021 14:13 MYT
KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M. Nasir positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sejak Ahad.
Perkara itu disahkan oleh isterinya Datin Marlia Musa kepada Astro AWANI.
"Beliau (M. Nasir) buat ujian kendiri semalam sebab sepatutnya ada program di Pest Buku Selangor. Bila keputusan positif, kami ambil buat ujian PCR dan keputusan hari ini juga positif.
"Setakat ini beliau tidak apa-apa gejala dan hanya jalani kuarantin kendiri," kata Marlia ketika dihubungi.
Berikutan itu, Marlia dan anaknya Suci Muslamah turut melakukan ujian dan keputusan yang diperoleh mereka negatif.
Jumlah kes baharu yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada Isnin adalah sebanyak 3,504 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,695,143 kes.