M Butterfly diadaptasi ikut kesesuaian penonton tempatan

Astro Awani
April 13, 2013 20:10 MYT
Pengarah teater, Mislina Mustaffa merasakan naskhah "M Butterfly" hanya dicop kontroversi di Malaysia sahaja. Lantas, dia menyahut cabaran untuk mengarahkan teater ini dan ia diadaptasi mengikut kesesuaian penonton tempatan.
Naskhah opera ilham David Henry Hwang itu dikatakan berbaur seks dan politik.
Bersandarkan pengalamannya, Mislina menggunakan konsep "lecture performance" dalam menyampaikan intipati naskhah tersebut.
Mengulas kontroversi penarikan diri pelakon terkenal Remy Ishak daripada membintangi teater ini di saat-saat akhir, jelas Mislina ia terpaksa dilakukan kerana pindaan skrip membuatkan pelakon itu ragu-ragu.
Akhirnya, produksi berjaya mendapatkan khidmat pelakon Benjy untuk teater tersebut. Benjy pada awalnya tidak tahu dia menggantikan Remy dan cuma mempunyai tempoh seminggu untuk menyempurnakan pementasan ini.
Pementasan "M Butterfly" berlangsung pada 11 hingga 14 April di Black Box, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
#m butterfly #mislina mustafa #Remy Ishak #teater
;