Lyla Amina nama anak kedua Awal Ashaari, Scha Alyahya

Azyyati Ahmad
Mac 12, 2021 11:40 MYT
Lyla Amina menjadi nama pilihan Awal Ashaari dan Scha Alyahya kepada anak kedua mereka yang lahir pada 12 Februari lalu. - Gambar Instagram @ awalashaari
KUALA LUMPUR: Pasangan popular, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya memilih nama Lyla Amina buat cahaya mata kedua mereka yang lahir pada 12 Februari lalu.
Perkongsian nama itu dibuat Awal dan Scha sempena genap sebulan usia anak mereka pada Jumaat.
Seperti anak pertama, Lara Alana, pasangan itu juga memperkenalkan akaun Instagram khas untuk anak kedua mereka iaitu @lylaaminaa.
Nama adik kepada Lara itu turut dikongsikan kepada umum secara eksklusif menerusi program realiti terbitan Astro, Schawal Baby Boom malam tadi.
Awal dan Scha juga sebelum ini dikurniakan anak perempuan, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
BACA: Awal Ashaari dan Scha timang anak kedua, Lara Alana dapat adik perempuan
#Lyla Amina #Lara Alana #Awal Ashaari #Scha Alyahya
;