'Lupakan cerita yang belakang tu' - Kembali berbaik, Amy rancang sesuatu dengan Awie

Gempak
Julai 11, 2023 18:18 MYT
Amy Search bersyukur kerana dapat berbaik semua dengan sahabat lamanya, Awie Wings selepas beberapa tahun berseteru. -Gempak
PENYANYI legenda rock, Datuk Amy Search bersyukur kerana dapat berbaik semula dengan sahabat lamanya, Datuk Awie Wings selepas beberapa tahun berseteru.
Menyedari usia yang semakin lanjut, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, memberitahu dia membuat keputusan untuk melupakan segala sengketa dan bersahabat kembali.
“Saya berasa syukur, alhamdulillah kami bersatu kembali mengikat tali ini (persahabatan) semula.
"Dan bagi saya dia kawan yang dari awal dulu lagi, jadi saya lupakan cerita yang belakang tu.
“Jadi kita melihat ada sesuatu benda yang baik yang akan kita rancangan pada masa hadapan.
“Saya pun fikir, saya bukan ada banyak masa (hidup) 20 atau 30 tahun lagi. Jadi saya rasa kita berakhir dengan jalan yang terbaik,” katanya kepada Gempak.
Penyanyi yang popular dengan lagu Isabella itu ditemui selepas acara pelancaran KEPCI Music Festival di Sunway Pyramid pada Selasa.
Tambah Amy lagi, dia dan Awie sudah merancang sesuatu bersama dan bakal mengumumkannya tidak lama lagi.
“Awie adalah antara one of the best artistes dan penyanyi dalam rock & roll, jadi adalah baik untuk kami bersemi kembali dan merancang sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.
“Saya boleh kata akan ada sesuatu yang kami berdua mahu umumkan,” ujarnya.
Hubungan dua penyanyi rock legenda ini dingin selepas pemain dram Search, Allahyarham Yazit Ahmad meninggal dunia pada 2019.
Konflik timbul selepas Amy mengakui terluka dengan komen Awie yang mendakwanya mengabaikan Allahyarham Yazit ketika sakit. -Gempak
#Awie #Amy Search #berbaik semula #penyanyi rock legenda
;