Luna Maya enggan dedah identiti kekasih

Astro Awani
Januari 19, 2014 02:12 MYT
Akui hatinya sudah dimiliki pelakon Indonesia, Luna Maya bagaimanapun lebih selesa merahsiakan identiti lelaki tersebut.
Luna menyatakan dia akan memperkenalkan jejaka itu apabila tiba masa yang sesuai.
Aktres jelita itu menyifatkan hubungannya dengan jejaka tersebut masih dalam fasa berkenalan.
Sementara itu, filem terbaru Luna, Killers akan ditayangkan pada Festival Filem Sundance, 21 Januari ini.
#Festival Filem Sundance #Luna Maya