Luka di hati masih berdarah - Datin Patimah
Gempak
Julai 19, 2023 12:35 MYT
Julai 19, 2023 12:35 MYT
IBU kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail tampil berkongsi momen bersama dua cucunya, Syaikhul Islam dan Sumayyah baru-baru ini.
Berada dalam kapal terbang menuju ke destinasi yang tidak dimaklumkan, Patimah sempat berkongsi status luahan hatinya.
"Luka di hati maseh (masih) berdarah," tulisnya ringkas menggambarkan perasaannya ketika ini.
Sebelum ini, Patimah antara individu yang kerap berkongsi coretan isi hatinya di Instagram Stories sepanjang kemelut rumah tangga anak dan menantunya, Puteri Sarah Liyana berlanjutan.
Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. -Gempak