"Lirik lagu adalah doa, itu prinsip saya" - Cakra Khan akan berhenti menyanyikan lagu sedih
Gempak
April 27, 2019 06:49 MYT
April 27, 2019 06:49 MYT
PENYANYI popular Indonesia, Cakra Khan bakal berhenti menyanyikan lagu yang berunsur kesedihan.
Menerusi laporan H Live, Cakra mengatakan dia tidak mahu perkara yang menyedihkan menimpa dirinya kerana menganggap kata-kata dalam sesebuah lirik lagu seperti doa.
"Selepas menghasilkan single terbaru saya yang berjudul Adalah Aku ini, saya tidak akan menyanyikan lagu-lagu sedih lagi.
"Single Adalah Aku ini masih mempunyai lirik berunsur kesedihan dan ia akan menjadi lagu sedih terakhir saya.
"Lagu itu adalah doa, itu prinsip saya, jadi lebih baik saya nyanyikan perkara yang baik-baik sahaja," ujarnya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).