Lindsay Lohan sambut hari jadi di pusat pemulihan

Astro Awani
Mac 24, 2013 19:53 MYT
Lindsay Lohan dilaporkan bakal meraikan ulang tahun kelahirannya di pusat pemulihan buat kali kedua kerana didapati bersalah memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.
Pelakon “Liz & Dick” itu bakal ditahan selama 90 hari bermula pada 2 Mei, menyebabkan pelakon dan penyanyi itu terpaksa meraikan hari jadinya yang ke-27 pada 2 Julai di dalam pusat pemulihan.
Lohan dilaporkan tidak berasa sedih setelah mengetahui hukuman tersebut bagaimanapun berasa kurang senang kerana tidak dapat meraikan hari jadi bersama keluarga dan rakan.
Lohan yang hampir dipenjarakan sebelum ini merancang untuk menganjurkan sebuah majlis besar-besaran sempena hari jadinya di New York.
Untuk rekod, Aktres itu telah dikenakan tahanan di pusat pemulihan sebanyak 5 kali sebelum ini sejak tahun 2007.
Malah hari jadinya yang ke-21 juga disambut di pusat pemulihan berkenaan.
#cuai #Lindsay Lohan #New York #pusat pemulihan
;