Majlis yang diadakan sempena projek One Family Global itu bertemakan Iftar at The Savoy.
Menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagram (IG) rasmi @onefamilyglobal, Lindsay Lohan dilihat bukan hanya hadir sebagai tetamu malah dia turut berucap di hadapan tetamu lain mengenai isu perdagangan manusia.
![](http://img.astroawani.com/2017-06/51497513617_lindsaylohaniftarmaherzain1.jpg)
![](http://img.astroawani.com/2017-06/71497513623_lindsaylohaniftarmaherzain4.jpg)
Sementara itu Maher Zain turut re-tweet dan re-post status dan foto di Twiiter dan IG tetamu yang menghadiri majlis tersebut yang mana rata-ratanya menampilkan foto-foto Lindsay Lohan di acara tersebut.
Bagaimanapun penyanyi popular yang berasal dari Lubnan itu tidak memberi sebarang komen mengenai kehadiran bintang Hollywood itu.