Lindsay Lohan bakal ambil anak angkat dari Syria

Gempak
Julai 20, 2018 12:07 MYT
Sebelum ini, Lindsay pernah digosipkan memeluk agama Islam, namun khabar angin itu belum disahkan kebenarannya sehingga kini.
Selebriti Hollywood yang tidak pernah lari dari kontroversi, Lindsay Lohan, 32, mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untuk mengambil anak angkat pertamanya dari Syria.
Menurut sumber, selebriti yang popular menerusi filem Mean Girl tersebut telah banyak terlibat dalam aktiviti kemanusiaan di Syria dan Turki.
"Saya akan mengambil anak angkat yang pertama memandangkan saya telah banyak meluangkan masa di Syria dan juga Turki, dari itu saya telah jatuh cinta dengan kanak-kanak.
"Saya ingin menyelamatkan mereka dan merancang untuk mempunyai dua atau empat anak, tetapi saya masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga," ujar Lindsay.
Sebelum ini, Lindsay pernah digosipkan memeluk agama Islam, namun khabar angin itu belum disahkan kebenarannya sehingga kini.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Metro UK
#Anak angkat #Lindsay Lohan #Mean Girl #Selebriti Hollywood #Syria #Turki