Limosin Rajinikanth tidak 'dirampas' - penyewa

Madiha Abdullah
Oktober 30, 2015 14:18 MYT
Isu rampasan sangat tidak relevan, apatah lagi anggota polis turut mengiringi perjalanan mereka ke Melaka.
Selain daripada kekecohan peminat filem Tamil dengan kehadiran pelakon legenda, Rajinikanth ke negara ini, turut mendapat perhatian adalah isu limosin yang digunakan untuk mengambil pelakon berkenaan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Bukan kerana gambar Hello Kitty yang ditampal pada kereta mewah itu, sebaliknya ia berkaitan dengan penggunaan limosin itu yang dikatakan tidak mendapat kebenaran pihak yang sepatutnya.
Menurut laporan beberapa portal media, limosin itu dirampas kerana digunakan di luar waktu ia disewa, iaitu antara jam 4 hingga 6 petang. Rajinikanth hanya meninggalkan KLIA kira-kira jam 6 petang. Malah pemandu limosin itu juga dikatakan dipaksa untuk membawa Rajinikanth terus ke Melaka.

Wakil Rajinikanth rampas limosin, syarikat kereta sewa buat laporan polis

Posted by 1Malaysia on

'Rampas' Limosin Dinaiki Rajinikanth, Syarikat Kereta Sewa Buat Laporan Polis #mstaronline

Posted by mStar Online on
Dalam perjanjian awal, limosin itu dikatakan hanya perlu membawa Rajinikanth ke Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, pihak penyewa limosin itu, Malik Streams Sdn Bhd menjelaskan, perkara tersebut sepatutnya tidak menjadi isu kerana mereka telah membayar RM2,500 untuk limosin berkenaan.
Menurut laporan Malay Mail, isu rampasan sangat tidak relevan, apatah lagi anggota polis turut mengiringi perjalanan mereka ke Melaka.
Pihak syarikat sewaan limosin tersebut, Hyper Luxury Car.com membuat laporan polis tentang limosin tersebut yang didakwa 'dirampas', pada Selasa lalu.
Rajinikanth kini berada di Melaka untuk penggambaran filem Kabali.
#Filem Tamil #Kollywood #Limosin #Rajinikanth
;