Lesti Kejora hamil anak kedua?
Agensi
November 1, 2022 18:30 MYT
November 1, 2022 18:30 MYT
HUBUNGAN pasangan selebriti Indonesia Lesti Kejora dan Rizky Billar dikatakan semakin pulih selepas dilihat memaparkan kemesraan di tempat awam.
Lebih menarik, terdapat khabar angin yang menyatakan Lesti kini sedang hamil anak kedua mereka, yang juga menjadi punca penyanyi itu menarik semula laporan polis terhadap Rizky.
Pengurus Lesti, Aril Lobster atau Boril, bagaimanapun, belum dapat mengesahkan berita itu.
“Saya tidak tahu tentang itu, doakan sahaja. Anak ramai itu rezeki. Sekarang mereka sibuk memperbaiki diri dan rumah tangga.
"Kelihatan mereka nampak lebih intim dan meluangkan masa untuk keluarga. Mereka juga sekarang masih mahu berehat dan belum aktif dengan aktiviti seni masing-masing," katanya.
Hujung September lalu, Lesti membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul suaminya di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.
Lesti, 23, dan Rizky, 27, berkahwin Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki, Leslar Al Fatih.