"Lepas tertengok video Lana, terus kami ..." - Norman dan Memey cerita pertemuan di IJN

Gempak
Februari 19, 2019 13:12 MYT
Kata Norman ada pasangan yang tengah berjuang dan berperang emosi dan perasaan demi nyawa seorang anak. - Foto Instagram
SEBAK juga baca cerita mereka di satu entri di Instagram. Menurut Norman Hakim, dia dan Memey tidak pernah berhubung atau berjumpa Lana Nordin dan suami.
"Yup kitaorang mmg tak pernah berhubung atau lepak sekali.Tapi ni semua perancanganNya.
Masa balik dari malam pencalonan #AME19 2 hari lepas, kitaorang tertengok video Live Lana Nodin.Terus baju basah kesan nangis 'berjemaah'," tulis Norman.
Katanya dalam kesibukan mereka berhiaskan anak sebagai calon Anugerah Meletop, di sebaliknya ada pasangan yang tengah berjuang dan berperang emosi dan perasaan demi nyawa seorang anak.
"Terus saya cakap dengan isteri kebetulan 2 hari lagi rutin nak kena ambik ubat ayah kat IJN, kita pasanglah niat mintak dipermudahkan dapat melawat anak pasangan David McKienzie dan Lana Nodin.
#anak #David McKienzie #Instagram #Lana Nodin #Memey #Norman Hakim #video
;