'Lepas satu kehilangan, Kau ambil lagi seorang yang aku sayang' - bekas isteri PU Abu
Rahimah Abdullah
April 28, 2019 23:29 MYT
April 28, 2019 23:29 MYT
Selepas melalui dugaan besar apabila diceraikan semasa hamil tujuh bulan, bekas isteri Pencetus Ummah (PU), Ain Afini sekali lagi diuji apabila kehilangan nenek kesayangannya.
Neneknya, Asmah Salleh meninggal dunia pada petang Ahad.
"Lepas satu kehilangan, Kau pecahkan kebisuan alam dengan mengambil lagi seorang yang aku sayang. Sungguh Kau yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izinMu. Kuatkan kami, redhakan lah hati kami sekeluarga. Aku menjadi saksi atas kebaikan dan ketaatan nenekku diatas muka bumi ini keranaMu.
"Mohon sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Asmah Salleh yang telah meninggal dunia pada waktu asar tadi. Moga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan dikurniakan syurgaNya," katanya dalam status yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Dia juga mengimbas mengenai kata-kata akhir neneknya yang mahu melihat cicitnya, yang juga anak kepada PU Abu.
"Nanti mini lepas pantang datang Johor bawak cicit jumpa nenek. Nenek dah tak larat nak pergi rumah sana. Nanti doakan nenek kat Mekah ye, doakan nenek cepat sihat. Boleh tengok anak mini ' .Antara kata-kata terakhir yang masih aku sempat dengar sebelum mulut itu hanya kaku bersama bantuan alat pernafasan. Masa mini suap nenek makan, luluh hati lihat suapan itu susah ditelan," ujarnya lagi.
Ain Afini turut memuat naik gambar bersama neneknya di sebuah hospital.
#Ain Afini
#ainafini
#anak
#bekas isteri Pencetus Ummah
#bekas isteri PU Abu
#Hospital
#meninggal dunia
#rumah