Lepas plastik sampah, Balenciaga hasilkan beg peket kerepek kentang harga RM8,000!

Gempak
Oktober 14, 2022 11:42 MYT
Apa yang menjadi sensasi adalah beg tersebut benar benar kelihatan seperti sampul kerepek kentang Lays. - Foto Insider, Lifestyle Asia Hong Kong via Gempak
JENAMA fesyen mewah Balenciaga sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan beg terbaharu mereka yang ditampilkan pada Paris Fashion Week baru-baru ini.
Beg yang merupakan kolaborasi bersama jenama kerepek kentang terkenal Amerika, Lay’s itu dijual dengan harga sekitar RM8,400.
Apa yang menjadi sensasi adalah beg tersebut benar-benar kelihatan seperti sampul kerepek kentang Lay’s!
Ia malah dijual dalam tiga warna serupa dengan peket kerepek kentang yang berada di pasaran iaitu biru, kuning dan campuran merah serta hitam.
BACA JUGA: Balenciaga perkenal 'beg sampah' paling mahal berharga lebih RM7,900
Hanya satu perbezaan yang terdapat pada beg ini adalah zip berbanding peket yang boleh dironyok atau dikoyakkan sebelum memakan kerepek kentang Lay’s.
Sejak dilancarkan, foto beg ini telah menjadi viral di media sosial.
Apa lagi Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia, memuat naik dan menulis kapsyen pada foto tersebut: “Beg wajib ada dari Balenciaga-Lay’s.”
Sebelum ini jenama tersebut menjadi kontroversi apabila menghasilkan beg mirip plastik sampah. -- Gempak
#Balenciaga #beg sampah #beg kerepek kentang #Lay's
;