Lepas fail cerai, Jeniffer Lopez mahu buang nama Affleck
Gempak
Ogos 25, 2024 14:15 MYT
Ogos 25, 2024 14:15 MYT
JENNIFER Lopez diketahui telah memfailkan perceraian dengan suami, Ben Affleck secara rasmi pada 20 Ogos lalu.
Kini penghibur tersebut mengambil langkah seterusnya. J.Lo didakwa mahu membuang nama Affleck yang dipakai selepas mereka berkahwin pada Julai 2022 lalu.
"Dia kembali mahu menggunakan nama Lopez, bukan lagi Jennifer Lynn Affleck," lapor Today.com.
Ironi penyanyi tersebut pernah dikritik kerana menukar namanya kepada Jennifer Lynn Affleck selepas berkahwin dengan aktor tersebut.
Namun J.Lo dalam satu temu bual tidak lama dahulu mengaku bangga untuk menggunakan nama suami dan berasa ia bukan sesuatu yang perlu menjadi masalah.
“Khalayak akan tetap memanggil saya sebagai Jennifer Lopez. Tapi nama rasmi saya adalah Mrs. Affleck kerana kami telah menjadi ‘satu’.
“Kami suami dan isteri. Saya bangga memakai namanya dan rasa ia bukan satu masalah,” ujarnya.
Sebelum ini media melaporkan pasangan yang sempat menjadi suami isteri selama dua tahun itu juga tidak memiliki kontrak pra dan selepas perkahwinan yang biasa dilakukan oleh pasangan di Hollywood. - Gempak