Lelaki paling seksi dunia, Chris Evans tampil dengan kekasih berusia 25 tahun
Gempak
November 13, 2022 12:20 MYT
November 13, 2022 12:20 MYT
PELAKON Chris Evans baru sahaja dinobatkan sebagai lelaki paling seksi di dunia versi majalah People.
Pada saat ramai wanita yang mengidolakan dan mungkin berangan untuk menjadi kekasihnya, nampaknya impian tersebut terpaksa dibuang jauh.
Hal ini kerana media antarabangsa melaporkan dalam diam-diam, bintang Marvel itu sebenarnya sudah menjalin hubungan cinta yang agak serius.
Percintaan itu telah pun terjalin selama setahun dan wanita yang menjadi kekasihnya itu adalah Alba Baptisa, seorang pelakon muda berusia 25 tahun.
Menurut laporan Page Six, percintaan pelakin berusia 41 tahun tersebut dengan Baptisa menjadi buruan selepas mereka ‘ditangkap’ paparazi berpegangan tangan sewaktu keluar di sekitar Central Park, minggu ini.
Pasangan dengan jurang usia 16 tahun itu bagaimanapun tidak mengelak dari aksi mesra berpegangan tangan
Evans dan Baptisa malah dilihat berjalan santai dengan memakai pelitup muka dan cermin mata hitam yang sepadan.
Satu sumber mendakwa pasangan tersebut sangat bahagia menyulam cinta, sementelah keluarga juga merestui hubungan mereka.
Jika Evans sangat terkenal dengan peranannya sebagai Captain America, Bapista sendiri mempunyai karier yang cemerlang sebagai bintang Portugal.
Bapista yang boleh bertutur dalam lima bahasa juga amat terkenal melakukan kerja kebajikan. - Gempak