Lelaki Harapan Dunia menang anugerah filem di negara Islam, Iran

Astro Awani
Mei 3, 2015 09:10 MYT
Filem arahan Liew Seng Tat Lelaki Harapan Dunia memenangi Anugerah Khas Juri di Festival Filem Antarabangsa Fajr yang berlangsung di Tehran.
Filem Lelaki Harapan Dunia memenangi Anugerah Khas Juri di Festival Filem Antarabangsa Fajr yang berlangsung di Tehran.
Filem itu dipertandingkan dalam kategori Eastern Panorama yang menampilkan filem-filem Islam dari negara Asia.
Pengarah filem itu, Liew Seng Tat berada di sana bagi menerima anugerah tersebut.
Turut dipertandingkan dalam kategori sama adalah filem-filem dari negara Syria, Azerbaijan, Iran, China, Turki, Tajikistan dan UAE.
Panel juri terdiri daripada Maxine Williamson, Garin Nugroho, Davlatnazar Khodanazarov, George Ovashvili, Fabio Testi, Negar Javaherian dan Manouchehr Mohamadi.
Diiktiraf oleh sebuah festival filem yang dianjurkan oleh sebuah negara Islam, memberi tamparan yang hebat untuk khalayak filem tempatan yang seakan-akan meminggirkan filem tersebut.
BACA: LPF kekal keputusan, tiada isu kontroversi dalam Lelaki Harapan Dunia
Ekoran beberapa kontroversi yang melibatkan filem itu, pihak Lembaga Penapisan Filem turut membayangkan yang filem itu berkemungkinan ditarik balik tayangannya.
Namun demikian, selepas tontonan semula LPF mengekalkan keputusan asal meluluskan tayangan filem tersebut.
ULASAN FILEM: Lelaki Harapan Dunia, bila 'fitnah' bermaharajalela, satu 'kampung' huru-hara
WAWANCARA KHAS: Selami pemikiran pengarah dan pelakon Lelaki Harapan Dunia
Filem Lelaki Harapan Dunia dibintangi Wan Hanafi Su, Azhan Rani dan Harun Salim Bachik.
#Azhan Rani #filem #Lelaki Harapan Dunia #Liew Seng Tat #LPF #Sharon Gan #Sofi Jikan
;