Lelaki bawah usia 33 tahun 'tak boleh pakai' - Jennifer Lopez

Agensi
Mac 26, 2019 15:30 MYT
Kerana komen itu, Lopez dikritik hebat peminat yang menganggap penilaian sedemikian sangat tidak adil. - Sumber foto Instagram Jlo
SEBUAH video dari tahun 2018 yang memaparkan penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez memberi nasihat berkenaan cinta dan lelaki kepada seorang peminat, tiba-tiba menjadi tular kerana intipati nasihat itu yang didakwa berbau kontroversi.
Video itu diambil dari program Tinder SwipeSessions yang disiarkan di Amerika Syarikat (A.S.) pada musim panas lalu.
Dalam video itu, Lopez muncul sebagai selebriti jemputan dan memberikan nasihat kepada peserta yang mengambil bahagian.
Lopez membantu seorang peserta, Brooke untuk memilih teman menerusi aplikasi Tinder dan menyedari kebanyakan lelaki dalam senarai berkenaan berusia bawah 30 tahun.
"Lelaki, sebelum mencapai usia 33 tahun, tak berguna," kata penyanyi Let's Get Loud itu dalam nada bersahaja.
Kerana komen itu, Lopez dikritik hebat peminat yang menganggap penilaian sedemikian sangat tidak adil.
Ada yang mengatakan pendapat Lopez itu sebenarnya didorong oleh status lelaki yang berusia di bawah usia 30 tahun.
"Tak banyak yang mampu ditawarkan lelaki bawah usia 30 tahun kerana mereka masih mencari diri sendiri dan baru memulakan kerjaya," kata seorang pengguna laman sosial.
Seorang lagi pengguna laman sosial menganggap Lopez tidak sensitif.
"Cuba bayangkan jika lelaki keluarkan kenyataan seperti ini, tentu kami akan dianggap seksis," kata pengguna itu.
#Amerika Syarikat #Hollywood #Jennifer Lopez #laman sosial #lelaki #penyanyi #selebriti #sensitiviti #Tinder #Tinder SwipeSessions #video
;