'Leher penuh 'love bite'? Zara Zya beri amaran pada blogger tabur fitnah

Gempak
Februari 19, 2019 12:00 MYT
Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin memohon blogger tersebut memadamkan posting tersebut serta membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari. - Foto Astro GEMPAK
PEMENANG Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Telenovela 2015, Zara Zya dikatakan bakal mengambil tindakan terhadap blogger yang didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya.
Pada satu entri di Instagramnya, Zara menulis sepuluh perkara mengenai fitnah tersebut. Berikut adalah apa yang ditulis oleh Zara.
1. Terdapat satu posting bertajuk “Hari kekasih kantoi leher Zara Zya penuh love bite?” melalui blog KAMI di Facebook yg cuba menjatuhkan reputasi Zara.
2. Kenyataan fitnah tersebut langsung tidak berkaitan dengan Isi kandungan artikel tersebut.
3. Zara percaya blogger tersebut cuba mendapatkan populariti murahan dengan tajuk-tajuk sensasi namun ianya jelas satu fitnah dan menjatuhkan nama baik zara.
4. Tajuk tersebut jelas memberikan gambaran negatif dan menimbulkan salah faham sekiranya pembaca hanya membaca tajuk tanpa membaca isi kandungan seluruhnya.
5. Zara telah dimaklumkan oleh beberapa peminat tentang fitnah tersebut dan terus merujuk kepada peguam peribadi.
6. Peguam zara iaitu Dato’ Hifdzi Hamzah telah menyatakan bahawa tajuk tersebut jelas satu bentuk fitnah yang boleh dikenakan tindakan undang2.
7. Zara meminta blogger tersebut memadamkan posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 3 hari atau zara akan mengambil tindakan undang2 bagi membersihkan nama baik dan reputasi zara.
8. Fitnah tersebut turut memberikan kesan buruk kepada imej keluarga dan perniagaan zara.
9. Zara berharap pihak2 di luar sana tidak mengambil kesempatan di atas populariti seseorang artis untuk kepentingan peribadi. .
10. Gambar pelakon @zarinazainuddin_ juga dijadikan sebagai muka depan yg tiada kena mengena dgn tajuk blog tersebut.
Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin memohon blogger tersebut memadamkan posting tersebut serta membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari.
#blogger #Facebook #fitnah #Instagram #karier #keluarga #selebriti #Zara Zya
;