Legenda muzik Country meninggal dunia akibat COVID-19

Astro Awani
Mac 29, 2020 05:05 MYT
Joe Diffie, 61, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19. -Instagram
DUNIA muzik dan hiburan kehilangan seorang legenda.
Penyanyi irama Country, Joe Diffie, 61, dilapor meninggal dunia pada Ahad akibat komplikasi jangkitan koronavirus, lapor portal hiburan E! News.
"Joe Diffie meninggal dunia hari ini, Ahad, 29 Mac, akibat komplikasi koronavirus.
"Keluarganya memohon diberi ruang privasi pada ketika ini."
Berita kematian Diffie menyusul selepas pengakuan artis itu di akaun Facebook bahawa dia menghidap COVID-19.
"Saya di bawah jagaan pakar perubatan dan sedang menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan di media sosial sebelum ini.
Joe amat disayangi peminat dan pendokong industri muzik.
Sepanjang kariernya, mendiang pernah menghasilkan lebih 20 lagu hit termasuk "Home," "If the Devil Danced (In Empty Pockets)," "New Way (To Light Up an Old Flame)," dan "Honky Tonk Attitude".
#artis meninggal dunia #COVID-19 #Honky Tonk Attitude #If the Devil Danced In Empty Pockets #Joe Diffie #koronavirus #New Way To Light Up an Old Flame
;