Lee Sun Kyun didakwa jadi ‘kambing hitam’ kes dadah

Gempak
Disember 30, 2023 12:12 MYT
Sun Kyun yang sedang berdepan dengan penyiasatan kes penyalahgunaan dadah didakwa menjadi ‘kambing hitam’ skandal yang mengaitkan beberapa individu berpengaruh, termasuk pengurus terkenal dunia hiburan tempatan bernama Kim. -Gempak
KEMATIAN aktor Lee Sun Kyun sangat mengejutkan peminat dan dunia hiburan Korea Selatan.
Bintang filem Parasite itu ditemui tidak bernyawa di sebuah tempat letak kereta. Dia disyaki membunuh diri selepas pihak berkuasa tempatan menemukan arang di dalam keretanya.
Susulan kematiannya pada usia 48 tahun, media terkenal Despatch melaporkan Sun Kyun yang sedang berdepan dengan penyiasatan kes penyalahgunaan dadah didakwa menjadi ‘kambing hitam’ skandal yang mengaitkan beberapa individu berpengaruh termasuk pengurus terkenal dunia hiburan tempatan bernama Kim.
“Lee Sun Kyun menjadi ‘kambing hitam’ untuk ‘Kim’ dan menyelamatkan kelonggaran penyiasatan pihak berkuasa Incheon yang perlu membuktikan ‘sesuatu’ dalam kes ini,” bunyi kenyataan yang dikeluarkan Dispatch seperti dilaporkan AllKPop.
Kenyataan tersebut bagaimanapun menerima pro dan kontra, malah pihak berkuasa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dengan menyifatkan penyiasatan yang dijalankan mengikut prosedur seperti biasa.
Sementara itu pihak agensi memaklumkan jasad Sun Kyun dibakar pada Jumaat di Buan-gun, North Jeolla Province dengan dihadiri keluarga dan dijalankan secara tertutup. -Gempak
#Lee Sun Kyun #jadi kambing hitam #kes penyalahgunaan dadah #bintang filem Parasite
;