Lee Minho, Siti Nurhaliza bakal gegarkan konsert CUCKOO Appreci8th
Haikal Raman
September 19, 2022 18:26 MYT
September 19, 2022 18:26 MYT
KUALA LUMPUR: Pentas Axiata Arena, Bukit Jalil bakal digegarkan dengan penampilan istimewa duta jenama pencipta kediaman sihat, CUCKOO International, Lee Minho dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sempena konsert ulang tahun CUCKOO Appreci8th pada 1 Oktober ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Hoe Kian Choon berkata, konsert tersebut diadakan bagi memberi penghargaan atas sokongan CUCKOO Family, para pelanggan dan peminat-peminat jenama tersebut selama ini.
“Dalam situasi pandemik yang terkawal ini, kami berasa ini adalah masa yang tepat bagi menganjurkan sebuah konsert untuk meraihkan semangat teguh rakyat Malaysia dalam menentang pandemik.
“Dengan itu, konsert ini boleh dikatakan bukan sekadar konsert ulang tahun sahaja, tetapi ia juga merupakan sebuah konsert penghargaan dan merupakan sebuah hadiah daripada kami kepada semua,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.
Konsert ulang tahun CUCKOO ke-8 ini turut bakal mementaskan artis terkemuka seperti Aina Abdul, Hael Husaini, DOLLA, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Floor 88, Naqiu, Amelina, Khai Bahar, Kmy Kmo dan Luca Sickta.
Maklumat lanjut tentang konsert ulang tahun CUCKOO Appreci8th Anniversary Concert boleh didapatkan di www.cuckoo.com.my
Pada awal tahun ini, CUCKOO International melantik artis Korea Selatan terkemuka, Lee Minho sebagai duta jenama terbaharu di samping mengekalkan Siti Nurhaliza sebagai dutanya bagi mewakili CUCKOO untuk #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai menjalani kehidupan lebih sihat.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar