'Lebih baik murabbi, tak selesa gelaran pendakwah selebriti - Imam Muda Asyraf

Gempak
Julai 24, 2018 16:04 MYT
Imam Muda Asyraf berkata beliau akur dan perlu terima hakikat yang memandangkan dia kerap muncul di kaca televisyen, dia mendapat gelaran selebriti. Foto @imammudaasyraf
IMAM Muda Asyraf mengakui kurang selesa dengan gelaran pendakwah selebriti yang dilabelkan masyarakat terhadap dirinya.
Sebaliknya, Asyraf, 34 tahun, menjelaskan dia lebih selesa dipanggil murabbi (pembimbing).
"Saya cuma seorang ustaz biasa yang menjalankan tugas untuk berdakwah.
"Jujur saya katakan, saya kurang selesa dengan gelaran selebriti, lebih baik gelaran murabbi atau dalam makna lain, pembimbing.
"Tetapi, saya pun harus akur dan terima hakikat, apabila saya kerap muncul di kaca televisyen menerusi rancangan keagamaan hingga mendapat gelaran pendakwah selebriti itu," katanya.
BACA JUGA: "Semua lelaki teringin, tetapi ..." - Imam Muda Asyraf jawab tuduhan kahwin dua
Asyraf ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta Jus Hidayah Gold Seraimas di Ruang, Shah Alam baru-baru ini.
"Saya terima tawaran ini atas dasar kekeluargaan, memandangkan saya tinggal di Bangi dan syarikat mereka juga berdekatan.
"Walau dari tahun lepas lagi mereka cuba memujuk saya, akhirnya saya terima tawaran ini," tambahnya.
#dakwah #Imam Muda Asyraf #Jus Hidayah Gold #murabbi #pembimbing #pendakwah #selebriti #televisyen #ustaz
;