"Lawak Ke Der" akan jelajah ke seluruh negara
Astro Awani
Disember 7, 2013 18:44 MYT
Disember 7, 2013 18:44 MYT
Kejayaan francais "Lawak Ke Der" mendorong Tall Order Productions untuk membawa persembahan itu menjelajah ke seluruh negara.
Ia bakal menampilkan beberapa pelawak sesuai dengan citarasa komedi tempatan.
Hans Isaac yang bertindak selaku penerbit merasakan sudah tiba masanya jenama "Lawak Ke Der" dibawa ke peringkat yang lebih jauh.
Sedang berbincang dengan pihak penaja kos pembikinan bakal mencecah jutaan ringgit.
"Lawak Ke Der" kini memasuki musim ketiga di Istana Budaya.
Sepanjang tiga musim dipentaskan, antara pelawak yang terlibat ialah Jozan, Boboi, Jambu, Nabil, Harith Iskander dan Douglas Lim.
"Lawak Ke Der 3" sedang dipentaskan sehingga Ahad ini.