Laudya Cynthia Bella buat doa selamat sebelum bergelar isteri Engku Emran
Gempak
September 5, 2017 14:00 MYT
September 5, 2017 14:00 MYT
SELEBRITI Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada Isnin telah memuat naik foto mengadakan majlis doa selamat di akaun sosial Instagram peribadinya.
Majlis tersebut juga dikatakan sebagai tanda kesyukuran sebelum dia melangsungkan pernikahan dengan bekas suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Menerusi entri di IG, majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat Bella.
Bella yang anggun berbaju rona lavender itu dilihat membaca Yaasin yang tertera huruf "BE" pada kulitnya, dipercayai mewakili nama Bella dan Emran.
Suasana pilu apabila Bella memeluk seluruh ahli keluarganya pada majlis tersebut.
Difahamkan Bella bakal berangkat ke Malaysia untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Engku Emran dijangka pada Sabtu (9 Sept) ini.
Menerusi kapsyen yang ditulis, jelas menunjukkan majlis tersebut sangat bermakna buat dirinya sebelum melangkah ke hari bahagia.