"The Last Jedi" catat kutipan lepasi AS$1 bilion

Astro Awani
Disember 31, 2017 05:41 MYT
Bagi tempoh Jumaat-Sabtu, Star Wars: The Last Jedi berjaya merekod kutipan global AS$120.4 juta, dengan AS$52.8 juta dicatat bagi pasaran domestik dan AS$68 juta bagi pasaran antarabangsa.
FILEM paling hangat tahun ini, "Star Wars: The Last Jedi" terbitan Disney-Lucasfilm melepasi kutipan AS$1 bilion (RM4.10 bilion) bagi tempoh kurang tiga minggu.
Bagi tempoh Jumaat-Sabtu, filem itu berjaya merekod kutipan global AS$120.4 juta, dengan AS$52.8 juta dicatat bagi pasaran domestik dan AS$68 juta bagi pasaran antarabangsa.
"The Last Jedi' juga merupakan filem ke-4 melepasi kutipan AS$1 bilion bagi tahun ini, selepas "Beauty and The Best" (AS$1.26 bilion), "The Fate of the Furios" (AS$1.24 bilion) dan "Despicable Me" (AS$1.03 bilion).
Ia kini juga jadi filem ke-8 dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di Amerika Syarikat dengan AS$517.1 juta, di belakang "Rogue One: A Star Wars Story" di tangga ketujuh.
Selepas hampir sebulan ditayangkan "The Last Jedi" terus menjadi filem nombor satu di negara seperti Denmark, Perancis, Hungary, Jerman, Iceland, Norway dan Sweden.
Ia juga ungguli carta filem di Jepun.
#Amerika Syarikat #AS #filem #Jepun #Jerman #Star Wars #Sweden #The Last Jedi
;